Artikel: Faisal

8:11 AM Syafiq.Assakinnah 0 Comments





Assalamu'alaikum warahmatuLlah


Nak kongsi ilmu, apa yang ada pun sikit je. Tinggal la pengalamanku yang ku kira sangat mengajarku erti hidup dan menzahirkan ilmuku yang sudahlah sedikit, tapi cukup bermakna.

Ana cukup bersetuju dengan kaedah marhalah yang dinyatakan. Kalaulah tidak didedahkan sekarang, bahkan ana tak pernah tau pun adanya teknik sebegitu rupa.

Pengalaman bersama sahabat Mat Lepak. Teknik merapatkan diri sehingga pada tahap mad'u rasakan dirinya cukup berharga pada pandangan da'ie. Untuk masuk kepada peringkat yang kedua, memang payah. Tambahan ana ni jenis cakap lepas dan jenis tegur tak pikir kesan. Tabiyyah di matrikulasi seolah tak membenarkan ana untuk rela menerima sebarang bentuk kebatilan. Cumanya ana belajar.
Allah berfirman:

"Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah, dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik..."
(An-Nahl : 125)

Kalimah "hikmah" bermaksud teknik atau metod kita boleh fleksibel mengikut keadaan mad'u, penelitian terhadap setiap tindakan kita supaya seruan kita benar-benar terasa pada pandangan mad'u.

Tindakan ana, langkah pertama ana teruskan sehingga mad'u ini dengan sendirinya akan meminta pendapat ana berkaitan perbuatan nya yang salah itu. Apalagi, ruang terbuka, tandanya mad'u ini sudah bersedia untuk menerima jawapan ana selengkapnya beserta dalil yang sahih.

Kini, beliau menyertai gerakan islamiyyah bersama kita di samping memperbaiki diri membina taqwa, gunakan dasar ilmu dan amal, bentuk iman. Ketika ini, ana terasa cukup bersyukur pada Allah, dalam hidup ini masih mampu melihat perubahan seperti hijrah, walau tidak seperti muhajirin bersama ansar, sentuhan hidayah Allah hanya diberi kepada insan yang dikehendaki- Nya sahaja.

Ni untuk kawan Rock,Hip Hop, Grunge dan seangkatan dengan nya...untuk UMNO, ada lagi. Mungkin sahabat lain ada nak cerita...

You Might Also Like

0 comments: