Artikel: Payih

7:01 AM Syafiq.Assakinnah 0 Comments



Bgi aku,perkara yg paling basic bila berckap ttg dakwah fardiyah yg senang kita praktikkan,
dan yg itulah org2 especially madu' kita tgok dlu..SENYUM.

bkan saje dpt menarik perhatian org lain,tapi dpt free2 pahala sedekah tu..ish2,xnak ke?
yg perlu diingat,senyuman la merupakan salah satu kunci kejayaan dakwah Rasulullah.Ia memberi impak positif.
Disebabkan senyuman dan keramahan Rasulullah,Baginda dapat mempengaruhi rmai orang,
dicintai dan disegani oleh kawan dan lawan.

Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar:

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)


Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW,Abdullah bin Al-Harist menyatakan:


Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.
(Hadis riwayat At-Tirmizi)




Cucu kesayagan baginda, Saidina Husein juga ada menggambarkan sikap Rasulullah yang mana ade direkodkan oleh Imam At-Tarmizi,beliau berkata:

Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda.. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.


Bahkan,Rasulullah saw walau nak marah sekalipun,tetap Sabar(satu lagi kunci nk dekat ngan madu',kena ada dalam setiap yg bergelar daie)..dan senyum
hatta kepada orang yg tidak disukai.Perkara ini pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata:

Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya."

Begitulah indah akhlak Rasulullah.Sebagai umatnya, penyambung rantai perjuanganya plak,kita patut malu
dengan diri jika x menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.

Nampak macm lari topik?lari gak la skit..tapi itulahbila nk dekat dgn rakan2 men game,isap rokok n len2,jga madu'2 kita.yang first kena perbetulkan
ialah akhlak n yg first diorang akan tgok senyuman kita..yg ikhlas..

mcm mane nk dpt senyuman ikhlas?mngikut pengalaman aku..jika kita sentiasa ingat Allah dlm hati.secara automatik mulut kita tersnyum
tanpa disedari.Magik x?cba try..x tau la.ni yg jdi pada akula.sbb kadang2 tu aku jalan2 nk p kuliah ke,aku x bila selisih ngan orang,orang senyum blik.
padahal x perasan pun yg aku senyum.Yg aku pkirkan masa dlm hati ingat Allah.,ttg ciptaan Allah,muhasabah diri,perancangan2 dakwah,igat shabat2..
jdi senyumla blik kt si fulan-si fulan tu dgan senyuman lebih manis.Last2, ade diantara diorang mula menegur aku.Langkah terbaik utk memulakan
dakwh.Jadi senyum la dengan ikhlas x kira masa..jgn senyum2 kamving pulak,len 2.

Satu lagi cara nk senyum ikhlas,rasenya mgikut pandangan aku,yg aku selalu wat bila berdpan dengan orang dan madu'..pandang mereka bagaikan
mereka ni dah rapat dengan kita..pnuh rase kasih sayang(same jantina ni yea)..n fokuskan mtlamat kita masa tu nk memberi kefahaman pda mereka,
niatkan kerana Allah.

Banyak la plak pasal snyum ni. jadi,ape yg dbincangkan oleh sahabat2 suma mmg sumanya btul.mcm yg ko boncangkan Mad,Yg penting,kena perhatikan
dulu bkal2 madu' kita.kita jdi daie ni kadang2 macm pemerhati PBB pun ade,kna perati selalu dan cuba selami setiap sikap,isi hati rakan2 dan madu.
n ambil tindakan sewajarnya utk dekatkan diri dengan madu dan rakan2 kita tu.

Macam ape yg Syafinaz n Azreen kata plak..dakwah utk family.cuba yg perlu ditonjolkan adalah perubhan sikap,pegurusn masa kita.sekarang, orang mmg
payah nk terima dakwah dengan lisan terutama dengan kata2..tpi mudah terima jika mereka tengok dgn mata sendiri.
bila tengok kita baik,barulah diorang terima kita dan pandangan atau nasihat yg diberikan kita..Huhu..tpi,ni pun sebagai nasihat n motivasi n berbalik semula
pada diri aku sendiri yg lemah ni.Pyah jgak nk mulakan bila dah Family..bkan nk kata fikrah len..tah la.bila undi Pas,tpi cara hidup tu len skit la..
tpi Alhamdulillah, solat masih ada keutamaan.Yg penting,cba n berusaha.skit2, lama menjadilah.. InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments: