Muhammad-9

Artikel: Muhammad

8:09 AM Syafiq.Assakinnah 0 Comments








DAKWAH FARDIYAH - USTAZ MUSTAPHA MASYHUR

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)


Takrif dakwah fardiyah - Dakwah yang mengkehendaki para daie berhubung terus secara langsung atau tidak langsung dengan sasaran dakwahnya (mad’u), di mana usaha-usaha tadi mempunyai jalinan erat dengan tanzim jemaah.

Marhalah pertama - Mewujudkan perhubungan dan perkenalan dengan mad'u. Hendaklah anda benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya. Bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain.

Marhalah kedua - Membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Membincangkan persoalan iman secara tidak langsung. Memikirkan ciptaan Allah. Menjadikan seseorang mengagumi dan mengagungkan Allah. Mengajak mad'u mula menilai semula kehidupan beliau sebelum ini. Menilai tujuan dan hala tuju hidup. Memuhasabah diri.

Marhalah ketiga - Membantu mad'u memperbaiki diri dengan mengajarnya ketaatan kepada Allah, membiasakan diri melakukan ibadah fardhu secara berdisplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak islam.

Aktivi boleh dilakukan dalam marhalah ini termasuk membekalkan bahan bacaan islamik yang sesuai, mengajak hadir ke majlis ilmu, berkenalan dengan orang soleh dan menjauhi orang jahat. Dan daei mestilah sabar dan sentiasa mengikut perkembangan mad'u.


boleh sesiapa kongsi cara pelaksanaan dan pengalaman guna marhalah-marhalah ini? contoh macam mana nak rapat dengan orang yang tidak sekepala dengan kita (UMNO, non-muslim) e.g. kaki hisap rokok, game atau puak-puak skinhead dsb. Atau cara untuk buatkan orang sekeliling e.g. satu lecture atau jiran rasa kita ambil berat tentang mereka? Sudi-sudilah berkongsi pengalaman.. .


You Might Also Like

0 comments: